Tuesday 26 March 2013

VIDEO SEKS KHALID GAGAP PULAK TERSEBAR?? BIAR BETUL BEB!!


Ketika ditanya sama ada hanya Anwar dan Nurul Izzah sahaja yang menjadi mangsa spekulasi seks oleh kerajaan seperti yang didakwa oleh Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN itu berkata, Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim antara sasaran selepas ini, yang akan menerima nasib yang sama.

"Mereka kata video seks Khalid Ibrahim dalam pembikinan," ujarnya sambil menyatakan imej video yang dirakamkan dalam video dan gambar itu tidak jelas dan agak kabur.

Sebelum ini Saifuddin mendakwa mereka menerima maklumat daripada "sumber yang boleh dipercayai" bahawa video seks anak perempuan Ketua Umum PKR telah dihasilkan melalui manipulasi imej digital.

Menurutnya, ia melibatkan pencantuman babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin berkenaan terbabit dalam salah laku seks.

Mengulas tindakan itu, beliau berkata, sudah menjadi lumrah perjuangan, termasuk dalam sejarah Islam apabila Nabi Yusuf AS, Maryam AS dan Aishah RA sendiri diuji dengan dakwaan seksual.

"Jika insan-insan mulia ini diuji sebegini rupa, sudah tentulah insan biasa seperti kami tidak akan terlepas dari dugaan dan fitnah. Fitnah dan tuduhan-tuduhan seksual palsu yang bertubi-tubi ini hanya meyakinkan kami akan ketulusan perjuangan kami," katanya.

"Dan kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat sebagai taktik politik Umno yang terdesak, jijik dan keterlaluan."

1 comment:

  1. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

    ReplyDelete

Followers