Tuesday, 26 March 2013

VIDEO SEKS KHALID GAGAP PULAK TERSEBAR?? BIAR BETUL BEB!!


Ketika ditanya sama ada hanya Anwar dan Nurul Izzah sahaja yang menjadi mangsa spekulasi seks oleh kerajaan seperti yang didakwa oleh Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN itu berkata, Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim antara sasaran selepas ini, yang akan menerima nasib yang sama.

"Mereka kata video seks Khalid Ibrahim dalam pembikinan," ujarnya sambil menyatakan imej video yang dirakamkan dalam video dan gambar itu tidak jelas dan agak kabur.

Sebelum ini Saifuddin mendakwa mereka menerima maklumat daripada "sumber yang boleh dipercayai" bahawa video seks anak perempuan Ketua Umum PKR telah dihasilkan melalui manipulasi imej digital.

Menurutnya, ia melibatkan pencantuman babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin berkenaan terbabit dalam salah laku seks.

Mengulas tindakan itu, beliau berkata, sudah menjadi lumrah perjuangan, termasuk dalam sejarah Islam apabila Nabi Yusuf AS, Maryam AS dan Aishah RA sendiri diuji dengan dakwaan seksual.

"Jika insan-insan mulia ini diuji sebegini rupa, sudah tentulah insan biasa seperti kami tidak akan terlepas dari dugaan dan fitnah. Fitnah dan tuduhan-tuduhan seksual palsu yang bertubi-tubi ini hanya meyakinkan kami akan ketulusan perjuangan kami," katanya.

"Dan kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat sebagai taktik politik Umno yang terdesak, jijik dan keterlaluan."

[VIDEO SEKS ANWAR] : PEMIMPIN PAS MULA HILANG KEPERCAYAAN!!!


SHAH ALAM - Bekas Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Saifuddin Nasution menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan guna taktik kotor menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dengan mendedahkan lebih banyak video seks melibatkan pemimpin pakatan haram.

Beliau berkata demikian ketika sidang media khas di Pejabat PKR, semalam.

Jelasnya, beliau sendiri mengaku telah menonton video seks melibatkan anak kepada ketua pakatan haram, Anwar Ibrahim yang didakwa akan didedahkan tidak lama lagi.

Beliau menuduh bahawa video itu adalah rekaan semata-mata dengan menggunakan teknologi 'penindihan'. Namun beliau gagal membuktikan dakwaan itu.

Sementara itu, menurut sumber, beberapa pemimpin utama PAS sudah mula hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim ekoran pendedahan video oleh blogger Papagomo.

Kebanyakkan pemimpin PAS percaya bahawa orang dalam video itu adalah Anwar Ibrahim walaupun pemimpin PKR mendakwa video itu palsu. Lebih memeranjatkan, ada segelintir yang menolak untuk hadir ke program PKR gara-gara video itu.

Jelas sumber, beberapa pemimpin PAS telah membincangkan isu video itu dan sepakat menolak Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri jika pakatan haram menang PRU-13.

Menurut sumber lain, Ahli Parlimen Shah Alam , Khalid Samad yang sebelum ini merupakan kroni kuat Anwar di dalam PAS turut tidak senang dengan pendedahan video itu.

Khalid Samad didakwa sangat marah dan enggan mengulas isu itu jika ditanya oleh pemimpin-pemimpin Pas yang lain.

Ternyata kebanyakkan pemimpin PAS sangat berang terhadap Anwar Ibrahim yang dikatakan akan menjadi punca kekalahan pakatan haram dalam PRU-13.

Sumbe berkata, pemimpin PAS telah diarah untuk tutup mulut dan jangan ulas tentang pendedahan video itu.

Mampukah Rozita?

TANPA sebarang pengalaman mengacara, pelakon jelita Rozita Che Wan ‘menang tender’ apabila dipilih sebagai peneraju majlis berprestij, Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4 November nanti.

Bakal bergandingan dengan pengacara berpengalaman, Ally Iskandar, pemilihan bintang drama, Kiah Pekasam ini nyata mengejutkan ramai pihak yang berasakan ada calon lebih sesuai dan layak menerajui posisi sebagai pengacara berbanding dirinya.



Seakan-akan sudah menjangkakan tanggapan itu, Rozita tenang menghadapi pertanyaan demi pertanyaan, malah mengakui sudah mempersiapkan mental dan fizikal untuk menghadapi tohmahan kelak serta tegas mempertahankan keputusannya.

“Dikritik atau orang mengata itu bukan perkara baru. Kalau buat baik pun orang mengata dan jahat pun orang mengata. Jadi apa saja orang nak cakap, itu saya tidak ambil kisah. Hanya komen yang membina saja akan saya jadikan contoh. Saya terima tawaran ini kerana peluang hanya datang sekali seumur hidup.

Kalau ada peluang kedua itu bagi saya adalah kebetulan. Dulu saya tak reti berlakon tetapi bila sudah cuba, tidak sangka boleh juga berlakon dan sekarang ini ia menjadi periuk nasi saya.

“Begitu juga dengan bidang pengacaraan, selagi kita tidak mencubanya selama itu kita tidak akan tahu kemampuan diri yang sebenar. Selain mahu mencuba sesuatu yang baru dan di luar bidang kerjaya saya, peluang ini saya terima untuk mencabar kemampuan diri.

“Tambahan pula bukan semua artis tempatan dapat memperoleh peluang ini. Saya bertuah kerana TV3 memilih saya,” katanya.

Akui wanita tinggi lampai itu, dia mengambil masa dua ming�gu untuk membuat keputusan kerana dia sedar tidak punya pengalaman atau bakat dalam bidang pengacaraan. Namun, galakan serta sokongan daripada Ally Iskandar serta ‘team’ ASK2011 meyakinkan dirinya untuk mencuba.

Rozita juga menafikan dakwaan dirinya dipilih kerana kisah kehidupannya yang penuh sensasi serta kecantikan yang dimilikinya mampu menarik perhatian orang ramai.

“Sebelum disahkan sebagai pengacara ASK2011, saya terpaksa mengikuti proses uji bakat yang khabarnya turut dihadiri beberapa rakan artis termasuk pengacara berpengalaman. Namun, syukur saya menjadi pilihan TV3 kerana mereka dapat melihat keserasian antara saya dan Ally.

“Saya sedar saya tidak punya pengalaman namun dengan latihan yang bakal dijalani kelak bersama Ally dan pihak produksi, saya berharap dapat membantu saya membuat yang terbaik pada majlis anugerah itu nanti,” katanya.

Sementara itu, Ally Iskandar memaklumkan dia sudah lama mengenali Rozita dan antara mereka memang mempunyai keserasian. Cuma ia berbeza apabila mereka digandingkan sebagai pengacara.

“Apabila kami berganding, bukan hanya Rozita perlukan bimbingan saya tetapi saya juga memerlukan bantuannya kerana ini adalah pe�ngalaman pertama kali buat kami berdua mengacarakan anugerah berprestij ini. Anugerah berprestij yang pernah saya kendalikan sebelum ini menjurus kepada muzik seperti Anugerah Juara Lagu.

“Anugerah Skrin bagi saya sedikit berbeza kerana ia disertai penggiat seni daripada industri perfileman. Sebagai pelakon tentunya Rozita lebih arif dan kenal dengan pelakon dan pihak produksi.

“Justeru, kami sebenarnya saling memerlukan. Bukan itu saja, dalam pengacaraan tidak boleh salah seorang lebih menyerlah kerana setiap pasangan pengacara perlu seimbang,” katanya.

Turut hadir pada pelancaran dan sidang media ASK2011 yang dilangsungkan di Hotel Doubletree by Hilton, kelmarin, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen MPB, Ahmad Izham Omar; Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar; Produser ASK2011, Hamsiah Biri dan Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble Malaysia, Ellie Xie.

Mengenai pemilihan Rozita, Izham berkata, ketika melihat rakaman uji bakat, Rozita sebenarnya boleh mengacara dan kerana itulah diberi peluang penerbitan ASK2011.

“Ramai yang hadir ke uji bakat namun Rozita dilihat paling serasi bergandingan dengan Ally. Saya sendiri berpendapat padanan Rozita dan Ally ini satu gabungan unik dan semestinya juga memberi satu kelainan.

“Mungkin pada hari ini, dia (Rozita) kelihatan sedikit gugup namun saya percaya proses latihan yang bakal dijalani dapat membantunya agar lebih berkeyakinan. Gandingan personaliti kami dengan artis seperti diperkenalkan sebelum ini, nyata mendapat maklum balas yang baik,” katanya.

Jika Ally dan Rozita mengemudikan majlis penganugerahan, Adzriefaiz Adzlan (Faiz) dan Nabila Huda bersama Juara Hos Bintang Pantene akan mengendalikan acara Karpet Merah.

Masuk tahun kesembilan penganjurannya dan mendapat tajaan Pantene, Anugerah Skrin yang dianjurkan sejak 1994 bertujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni dan karyawan tanah air.

Seperti tahun sebelumnya, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur juga turut menjemput stesen televisyen RTM dan Astro untuk sama-sama menyertai anugerah berprestij ini.

ASK2011 yang bertemakan Golden Glamour, akan mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman serta 2 Anugerah Khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene

1975: Najib Mahathir bukan PM, UMNO belum masuk Sabah




Kalau terdesak sangat tak perlulah begini.Rafizi Ramli,Pengarah Stratejik PKR bersusah payah hendak buktikan konon pencerobohan gerombolan bersenjata Sulu ada kaitan dengan UMNO.

Beliau mengadakan sidang akhbar di ibupejabat PKR dengan membawa keluar salinan dokumen untuk tunjuk ketua penceroboh, Azzimuddie Kiram pernah menjadi Pegawai Pentadbir Muda (ADO), di Pejabat Daerah Kudat pada tahun 1975.

Salinan dokumen berkenaan adalah senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah.

Dokumen itu catat Azzimudie dilahirkan pada 24 September 1941.

Sebenarkan spekulasi mengenai Azzimudie kemungkinan pernah jadi ADO di Kudat sudah dilaporkan oleh media tempatan kebelakangan ini.

Namun cara Rafizi nak buat gempak terus dakwa macam kerajaan hendak menyembunyikan fakta ini.

Para wartwan yang hadir sidang akhbar itu sendiri garu kepala memikirkan bagaimana isu seorang yang dikatakan pernah jadi ADO di Kudat 38 tahun lampau hendak dikaitkan dengan UMNO.

Malah waktu itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri belum aktif dalam politik.

Najib baru bertanding kerusi parlimen Pekan pada tahun 1976 ekoran kematian Allahyarham Tun Abdul razak.

Juga UMNO hanya masuk ke Sabah sebagai sebuah parti pada awal 1990han.

Lebih melucukan bila ditanya kenapa cuba kait penceroboh dengan UMNO, Rafizi jawab sebab kebanyakan orang Sabah keturunan Sulu dan Bajau adalah ahli UMNO.

Apa lojiknya Rafizi cakap begitu.Bunyi macam desperado sangat hendak kaitkan UMNO.

Mungkin hendak counter isu gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang sembang dengan Nur Misuari yang cetuskan pelbagai tandatanya kebelakangan ini.- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL Agendadaily -20/3/2013

MyMAssa SINI ada soalan cupumas untuk Rafizi:

Ekonomi Kedah gawat, Pas kian terdesak




TUNTUTAN RM100 juta oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada Kerajaan Pusat sebagai pampasan untuk menghentikan pembalakan ?cuci mangkuk? di kawasan tadahan hujan berdekatan Tasik Pedu, menunjukkan Pas Kedah cukup terdesak untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah menjadi Menteri Besar Johor selama sembilan tahun, menyifatkan kenyataan Azizan - yang menjadi menteri besar sejak 2008 - sebagai amat tidak logik dan tidak masuk akal, lebih-lebih lagi dari segi hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan.

Namun Pas Kedah tidak mempedulikan sama ada tindakannya disifatkan mengugut, tidak wajar atau pelik kerana perbuatan di luar kewarasan seperti merosakkan alam sekitar dan menggondolkan hutan yang terletak hanya 100 meter dari tasik sudah pun dilaksanakan walaupun tanpa laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Meskipun tuntutan itu membuktikan kewangan negeri tenat atau berisiko muflis namun sungguh melucukan apabila papan-papan tanda menyatakan pendapatan negeri mencecah hingga berbilion ringgit dipacak di merata tempat sebagai propaganda.

?Malah satu papan tanda besar dipacak di depan rumah ayah saya di Jalan Anak Bukit berdekatan lapangan terbang yang mengatakan pendapatan negeri mencapai berbilion ringgit, tetapi sebenarnya angka-angka yang dinyatakan adalah pencapaian kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama dalam menarik pelaburan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP)," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Hakikatnya, hutang kerajaan negeri meningkat sebanyak 50 peratus apabila hutang awam dilaporkan berjumlah RM2.6 bilion setakat Disember 2011 dan hutang pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil pula sebanyak RM330 juta.

Kata Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang, hutang Kuin pula perlu mula dilangsaikan hujung tahun ini sebanyak RM49.2 juta setahun dan jumlah itu merupakan penambahan kepada bajet defisit RM1.1 bilion bagi 2013 berbanding anggaran hasil RM640 juta.

Kewangan negeri menjadi lebih tenat apabila sasaran hasil RM640 juta itu iaitu peningkatan RM105.6 juta daripada hasil premium tanah dan bayaran jualan air mentah kepada Pulau Pinang tidak menjadi kenyataan apabila negeri berkenaan telah menolak jualan sumber air itu.

Lebih menyedihkan ekonomi Kedah di bawah Pas seolah-olah tidak bergerak malahan kadar kemasukan pelaburan asing dalam tempoh empat tahun di bawah pentadbiran Pas hanya RM10 bilion. (Angka itu bermakna setahun antara RM2 hingga RM3 bilion sahaja).

Sedangkan, pentadbiran BN pada 2007 berjaya membawa RM14 bilion FDI hanya dalam satu tahun! - bayangkan perbezaan cukup ketara yang memberi manfaat kepada rakyat.

Pada Januari hingga Oktober 2012, kemasukan FDI dan pelaburan langsung domestik negeri (DDI) negeri terus merosot kepada hanya RM373.3 juta, menjadikan Kedah terjatuh dari tangga kelima pada 2007 ke tangga ke-11 ketika ini berbanding negeri lain.

Kerajaan negeri tiada idea baharu yang kreatif untuk melonjakkan hasil pendapatan negeri melainkan menebang balak dan menjual air hingga tidak menarik minat pelabur menanam modal dalam bidang industri, perkilangan dan pembuatan.

?Walaupun memiliki sedikit kelayakan dari segi akademik tetapi rata-rata pemimpin kerajaan negeri tiada pengalaman mentadbir untuk meningkatkan hasil," kata bekas Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS), Datuk Wira Dr. Mohd. Shariff Abu Samah yang juga pengkaji dan pakar dalam pentadbiran awam negeri.

Justeru, katanya, rakyat perlu membuat pilihan tepat memilih kerajaan negeri pada pilihan raya umum kelak bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri diteruskan untuk kesejahteraan rakyat sebagaimana dirancang oleh BN.

Ia termasuk mendapat nikmat daripada rancangan mewujudkan hab perindustrian baharu yang menyerupai Taman Perindustrian Tinggi Kulim (KHTP), Bandar Getah di Utara Kedah dengan kerjasama kerajaan Thailand yang menyediakan banyak peluang pekerjaan. Industri berkaitan bidang aeroangkasa dan pembinaan pusat pembangunan dan penyelidikan (R&D) syarikat-syarikat antarabangsa, sektor pembuatan dan perkilangan kluster, pertanian berteknologi tinggi juga akan dibangunkan di Changlon jika BN mentadbir.

Apa yang penting, isu pokok iaitu pokok balak dan alam sekitar tidak lagi berlarutan jika sumber kekayaan negeri berjaya dijana dan dipelbagaikan untuk meningkatkan hasil bumi jelapang padi ini.

PENULIS adalah Ketua Biro Kedah,

Dompok, Pairin, Kurup mahu MyKad ditarikbalik dan "reisue"



Malaysia Chronicles melaporkan Tan Sri Bernard Dompok, Presiden UPKO meminta MyKad yang ada di Sabah ditarikbalik dan dikeluarkan yang baru untuk menentukan kad pengenalan yang sah. Oleh kerana tiada berita lain, kami siarkan juga laporan web pembangkang berikut:

Sabah BN wants all MyKads recalled & new ones issued only to 'genuine' Sabahans


United Pasokmomogun KadazanDusun Murut Organization (UPKO) president Tan Sri Bernard Dompok has asked for all Malaysian identity cards issued in Sabah to be recalled and re-issued to only those identified as genuine Sabahans.

This will ensure that those who are not eligible or have obtained the identification documents through dubious means will be vetted out, Dompok said at the launching of the ‘Gelombang Tataba’ (Church Assistance) yesterday.

‘Operasi Tataba’ (Church Assistance) is an exercise initiated by KadazanDusun Murut- based Barisan Nasional (BN) component parties in Sabah, namely UPKO, PBS and PBRS to provide assistance to churches in the state.

The launching ceremony by UPKO, PBS and PBRS presidents was held at Hongkod Koisaan here.
Dompok who is also Plantation Industry and Commodities Minister, said he would be proposing to the Royal Commission of Inquiry on the presence of illegal immigrants in Sabah so that Malaysian identification cards issued so far in Sabah must be returned to the relevant authorities and new identification cards be issued to Sabahans.

“This will provide an opportunity for us in Sabah to prove the authenticity of our citizenship so that only genuine Sabahans will be issued with citizenship documents like the new identity card,” the Penampang member of parliament stressed.

Baca seterusnya di SINI.

Tan Sri Pairin Kitingan dan Tan Sri Joseph Kurup pun turut serta dalam sidang akhbar tersebut. Adakah ini memberi implikasi ketidak puasan hati parti-parti politik berasaskan kaum KDM kepada kerajaan? Adakah ini akan membawa impak pada BN di Sabah sekarang atau selepas PRU?

Tak lupa kata-kata Dompok SINI.

Pemuda UMNO Penampang telah menyuarakan sokongan kuat pada Dompok untuk terus mempertahankan kerusi Penampang.


Sementara itu, Bernard Dompok baru pulang dari Vatican City sebagai mengetuai deligasi Malaysia ke majlis installation Pope Francis. Baca SINI , SINI dan SINI.

"Ulamak" PAS perlu tipu helah untuk diperakui



Followers